Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran ATM Berkuat-kuasa 1 Julai 2026

LocalBusiness & Finance
15 Jun 2026 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran ATM Berkuat-kuasa 1 Julai 2026

Berkuat-kuasa 1 Julai 2026, semua bank bersetuju untuk mengecualikan caj RM1 untuk pengeluaran duit melalui mesin ATM seluruh negara. Dengan langkah ini, semua pemegang kad debit bank boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana 14,000 ATM seluruh negara tanpa sebarang caj.

Ini sekaligus akan memudahkan pengguna mengeluarkan wang tanpa risau akan caj tambahan yang dikenakan melalui mesin ATM. Pengecualian ini juga dijangka akan mengurangkan beban, disamping pada masa yang sama memastikan akses berterusan ke wang tunai.

Pada masa yang sama, bank turut menyatakan akan terus mempromosikan penggunaan nirtunai dalam kalangan masyarakat, selain penggunaan pembayaran secara digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved