Tiada lagi ConnectMe@Home, ConnectMe kini beri tumpuan perkhidmatan Internet luar bandar

21 Mar 2023 • 7:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perkhidmatan jalur lebar satelit MEASAT iaitu ConnectMe telah menghentikan perkhidmatan pascabayar ConnectMe@Home untuk pendaftaran baharu. Menurut laman web mereka, ConnectMe tidak akan terima pelanggan baharu berkuat kuasa serta-merta. Hal ini berikutan mereka kini menumpukan usaha untuk hubungkan komuniti luar bandar yang tidak dapat menggunakan akses Internet.

image is not available

Bagi menjayakan perkara ini, MEASAT telah perkenalkan ConnectMe Now yang merupakan perkhidmatan WiFi prabayar pertama di Malaysia, dikuasakan oleh satelit. Dengan menggunakan satelit MEASAT, perkhidmatan ini menawarkan liputan 100% di seluruh Malaysia dengan kelajuan sehingga 30Mbps.

Komuniti tanpa akses 4G dan gentian boleh mengemukakan permintaan untuk dapatkan perkhidmatan ini. MEASAT kemudian akan sediakan hotspot WiFi tanpa kontrak dan tiada pembayaran pendahuluan diperlukan. Untuk kawasan tanpa bekalan kuasa yang stabil, perkhidmatan ConnectMe Now boleh digunakan dengan penyelesaian berkuasa solar yang dipasang dengan bateri sandaran.

Cara dapatkan ConnectMe Now

Jadi, bagaimana caranya untuk dapatkan perkhidmatan ini? Komuniti tanpa akses 4G dan gentian boleh mengemukakan permintaan kepada ConnectMe Now untuk dapatkan perkhidmatan ini. Kemudian, pengedar ConnectMe Now akan membolehkan perkhidmatan tersebut dipasang di tapak yang di minta. Selepas pemasangan dilakukan, penduduk boleh sambungkan telefon atau laptop ke Hotspot WiFi dan gunakan log masuk PAC untuk menggunakan Internet. Jika memerlukan lebih banyak data, ia boleh di beli daripada pengedar atau ejen sah ConnectMe Now yang terdekat.

image is not available

Selepas melancarkan MEASAT-3d tahun lepas, ConnectMe kini mampu menyediakan kelajuan jalur lebar satelit sehingga 100Mbps melalui Ka-Band. Satelit pemprosesan tinggi (HTS) baharu juga menawarkan peningkatan kapasiti sebanyak 30Gbps untuk menyokong lebih ramai pengguna.

Bagi saya, perkhidmatan ConnectMe Now merupakan satu usaha baik untuk bantu penduduk di kawasan terpencil mendapatkan akses Internet dengan senang. Ini dapat memudahkan mereka berhubung lebih-lebih lagi dengan komuniti di kawasan jauh yang lain.

image is not available