Tiada Lagi Pepsi, KFC Dan Pizza Hut Bakal Hidangkan Coca-Cola

3 Aug 2022 • 11:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Bai Pepsi image is not available Hello Cola!

Tiada Lagi Pepsi, KFC Dan Pizza Hut Bakal Hidangkan Coca-Cola. Merupakan minuman berkarbonat kegemaran semua, Coca-Cola kini bakal dihidangkan di francais makanan segera KFC dan juga Pizza Hut.

Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd telah merasmikan penyajian minuman Coca-Cola di lebih 740 restoran makanan segera KFC dan 440 restoran Pizza Hut di Malaysia.

image is not available
Tiada Lagi Pepsi, KFC Dan Pizza Hut Bakal Hidangkan Coca-Cola. Kredit gambar: The Rakyat Post

Menghidangkan produk berkualiti tinggi

Ini merupakan salah satu inisiatif daripada QSR Brands melalui KFC dan Pizza Hut dalam menghidangkan produk berkualiti tinggi secara konsisten kepada para pelanggan.

Dalam masa yang sama, portfolio baharu Coca-Cola ini juga diperakui sebagai Simbol Pilihan Lebih Sihat selari dengan misi QSR Brands dalam menyokong usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia sambil menyediakan minuman yang lazat yang disukai orang ramai.

image is not available

Ditawarkan secara berperingkat

Coca-Cola akan ditawarkan secara berperingkat mulai awal bulan Ogos 2022 dan dijangka akan beralih sepenuhnya di semua cawangan restoran KFC dan Pizza Hut pada awal September 2022.

Bagi penggemar Coca-Cola di luar sana, anda kini boleh menikmati ayam goreng sehingga menjilat jari dan juga pizza topping nanas bersama minuman berkarbonat kegemaran anda!

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis Coca-Cola di luar sana: