“Tiada lagi pertikaian” – Peguam Jelaskan Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah

Entertainment
6 Feb 2024 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, bekas penyanyi Mizz Nina menarik balik tuntutan penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Susulan itu, bekas suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menuntut jawapan jelas daripada Mizz Nina berhubung isu terbabit.

Memetik sumber Berita Harian, Mizz Nina mengesahkan penarikan tersebut dan menjelaskan tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku kerana mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga Musa yang sah.

“Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).

“Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.

“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya.

image is not available

Mizz Nina ibu angkat yang sah

Sementara itu, peguam syarie pihak mereka, Fakhrul Azman berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu berbangkit kerana kes kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik.

“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina, jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan.

“Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya, jadi tiada siapa boleh melawat.

“Keputusan muktamad adalah ibu kandung Musa memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.

Difahamkan, Mizz Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengenai kes tersebut bersama suaminya, Essam Muhammad dan dua peguam syarie.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.