Tiada lagi tol percuma musim perayaan, kerajaan kaji pendekatan lebih bersasar

LocalPolitics
21 Jan 2025 • 3:51 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Tiada lagi tol percuma akan diberikan sempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, mesyuarat Kabinet pada tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia dan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Mengikut keputusan itu tiada (tol percuma) dan 2024 adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma untuk musim perayaan.

“Kerajaan juga telah menyelaraskan subsidi untuk pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia yang mana perinciannya akan kita umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini. - 21 Januari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved