Rakyat Singapura Akan ‘Serbu’ Malaysia Hujung Bulan Ini, Kesesakan Lalu Lintas Teruk Dijangka Berlaku

LocalTravel
21 Jan 2025 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memetik laporan Malay Mail, menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, rakyat Singapura difahamkan sudah merancang untuk ‘masuk’ ke Malaysia melalui pintu sempadan Woodlands dan Tuas.

Kesesakan lalu lintas yang teruk

Susulan itu, orang ramai diminta untuk bersiap sedia menghadapi masalah lalu lintas yang dijangka akan teruk pada hujung bulan ini.

Menurut pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), tempoh puncak kesesakan dijangka akan bermula pada 24 Januari (Jumaat) sehingga 2 Februari (Ahad), di mana sambutan Tahun Baru Cina akan disambut pada 29 Januari (Rabu).

image is not available

Susulan itu, pihak ICA memberi cadangan agar orang ramai menggunakan sistem pelepasan kod QR, di mana ia lebih pantas berbanding pasport serta digalakkan menaiki bas melalui aplikasi MyTransport.SG ataupun laman web pengendalian bas yang lain.

Sambutan Tahun Baru Cina lebih meriah di Malaysia

Antara faktor-faktor menyebabkan rakyat Singapura ‘menyerbu’ Malaysia pada hujung bulan ini kerana sambutan Tahun Baru Cina lebih meriah seperti ada persembahan tarian singa, pertunjukan bunga api dan pesta makan besar.

image is not available

Kawasan yang akan menjadi tarikan pelancong adalah Kuala Lumpur, Penang serta Melaka kerana adanya perayaan secara besar-besaran dilakukan di kuil, rumah ibadat dan jalanan.

image is not available 2 months ago

China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025