Tiada laporan ajaran sesat Millah Abraham di Kelantan

15 Jul 2024 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata dengan adanya penguatkuasaan ketat di peringkat kerajaan negeri, pengaruh ajaran sesat di Kelantan terkawal.

“Kita seru masyarakat sekiranya terdapat kelompok ajaran sesat, segera maklumkan kepada pihak berkaitan sebab ia boleh memberi kesan, juga dengan adanya media sosial, ia (ajaran sesat) dilihat semakin bertambah dan berani,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 2017 memutuskan fahaman dan ajaran Millah Abraham adalah menyeleweng serta bertentangan dengan ajaran Islam.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Khamis lepas, media melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat difatwakan haram iaitu Millah Abraham setelah dikesan merekrut dan menyebarkan ajaran itu kepada keluarga terdekat serta penduduk setempat, selain dipercayai telah aktif lebih setahun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.