Tiada Lord Magurie, tiada parti

FootballSports
16 Jul 2026 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada Lord Magurie, tiada parti
Tiga minggu lalu, Maguire dilihat sedang menjual dan mengagihkan pelekat Panini di New York. Foto: Agensi

KEPUTUSAN Thomas Tuchel menggugurkan Harry Maguire daripada skuad Piala Dunia 2026 kembali menjadi perdebatan selepas England tersungkur kepada Argentina pada aksi separuh akhir.

Kekalahan 1-2 di Atlanta itu mendedahkan kelemahan The Three Lions dalam menghadapi ancaman bola di udara apabila Argentina beberapa kali mencipta bahaya menerusi hantaran lintang sebelum Lautaro Martinez menanduk gol kemenangan pada masa kecederaan.

Selain itu, Alexis Mac Allister turut hampir menghukum England selepas tandukannya menerusi situasi sama terkena tiang gol, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan benteng pertahanan England mengawal ancaman udara.

Persembahan gandingan pertahanan seperti Marc Guehi, Ezri Konsa, John Stones dan Dan Burn tidak sepenuhnya meyakinkan, menyebabkan penyokong England mula mempersoalkan keputusan Tuchel tidak membawa Maguire ke kejohanan itu.

Maguire yang sering digelar ‘Lord Maguire’ dalam kalangan penyokong England sebelum ini terkenal dengan kekuatan fizikal, keupayaan membaca permainan dan dominan dalam perebutan bola udara.

Biarpun tidak lagi berada pada kemuncak kariernya, pertahanan Manchester United itu dianggap masih memiliki pengalaman besar di pentas antarabangsa selepas beraksi dalam beberapa kejohanan utama bersama England.

Malah, ada yang berpendapat kehadiran Maguire mungkin mampu memberikan kestabilan lebih baik ketika England berdepan Argentina yang banyak menggunakan hantaran lintang sebagai senjata serangan.

Keputusan pemilihan pemain Tuchel kini menjadi bahan perdebatan selepas kegagalan England mara ke final.

Selain perubahan taktikal dan pertukaran pemain ketika perlawanan, keputusan mengetepikan Maguire turut menjadi persoalan yang perlu dijawab pengendali Jerman itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved