“Tiada maaf bagi pembuli” – Kes Buli OKU Di GiatMara, Dr Asyrad Wajdi Bakal Ambil Tindakan Tegas

Entertainment
5 May 2025 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok @masdo21 memaparkan luahan pemilik video berkenaan sahabatnya yang juga seorang pelajar di GiatMara Durian Tunggal, Melaka telah dibuli oleh pelajar lain.

Menurut video itu, mangsa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam dilihat dibaling dengan botol air ketika sedang tidur dan motosikalnya pula didakwa telah diangkat untuk disimpan ke dalam sangkar oleh para pembuli ketika mangsa sedang sibuk belajar.

@masdo21

Giat mara durian tunggal.. your move.. apa2 keputusan di update part 2.. #stopbullying #notcool

♬ Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha

Dipendekkan cerita, agak mengejutkanlah bila kawan baharu aku ini yang merupakan OKU lembam pembelajaran jadi mangsa buli. Semua dakwaan itu ada disertakan bersama video sebagai bukti.

“Dia sedang tidur pun kena baling botol, tengah belajar budak-budak ini (sekumpulan pembuli) angkat motor dia simpan dalam sangkar.

“Bila kes ini melibatkan OKU, orang yang buli itu bagi aku memang pengecutlah,” katanya.

“Tiada maaf bagi pembuli apatah lagi buli OKU”

Susulan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu video di TikTok berkata, pengurusan GiatMara Negeri Melaka akan memanggil dan berjumpa dengan semua individu yang terlibat dalam video tular berhubung dakwaan seorang pelatih OKU menjadi mangsa buli, hari ini.

Pelatih yang didakwa menjadi mangsa buli itu juga akan dipanggil bagi membolehkan siasatan lebih terperinci dijalankan mengikut prosedur yang sedia ada.

image is not available

Saya tegaskan sekali lagi bahawa tiada kompromi terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan membuli dalam apa jua bentuk sama ada fizikal atau mental.

“Tiada tempat buat PEMBULI di mana-mana Institusi Pendidikan MARA samaada di MRSM, GiatMARA, IKM, KM, KPM, KKTM, KPTM, MJII, GMI, UPTM mahupun UniKL.

“Pengurusan MARA di semua peringkat dan IPMA amat memahami prinsip saya ini. Tindakan paling tegas pasti akan diambil oleh pihak Pengurusan jika didapati wujud salahlaku dan jenayah buli tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati dakwaan tersebut hanyalah gurauan kasar sesama pelatih semasa menjalani latihan di institusi terbabit sebelum ini.

Semua yang terlibat juga difahamkan sedang menjalani Latihan Industri dalam Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

Semoga keadilan berpihak kepada mangsa.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.