“Tiada Majlis Rasmi..” – Big Hit Umum Tarikh Latihan Ketenteraan Bagi RM, V, Jimin & Jungkook BTS

5 Dec 2023 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dah tak lama dah..

Kata mereka,

RM, Ji-min, V dan Jung-kook akan mendaftar sebagai askar tugasan aktif dalam tentera untuk memenuhi kewajipan perkhidmatan ketenteraan mereka.

Tambah mereka,

RM dan V dijadualkan akan menyertai tentera mengikut prosedur masing-masing pada 11 Disember ini. Manakala, Ji-min dan Jung-kook dijadualkan untuk mendaftar bersama pada 12 Disember.

Dalam masa yang sama, syarikat BTS juga menyatakan bahawa mereka tidak akan menyediakan sebarang majlis rasmi dan melarang peminat daripada hadir pada hari kemasukan bagi menghormati keluarga peserta yang lain.


Tidak berhenti di situ, mereka juga menasihatkan peminat agar tidak terlibat dengan penipuan yang melibatkan nama kesemua ahli BTS.

Agensi berkata,

Sila berhati-hati agar tidak terlibat dalam penipuan daripada pakej pelancongan yang menggunakan IP artis kebenaran. Pihak kami sedang merancang untuk mengambil tindakan yang sepadan terhadap aktiviti komersial yang menggunakan IP artis tanpa kebenaran.

Jumpa tahun 2025 nanti semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.