“Tiada Manusia Yang Sempurna” – Mira Kunci Mulut Isu Penyondol, Tutup Ruang Komen Di IG

Entertainment
17 Apr 2023 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mira view chin

Bagi pengguna TikTok, mereka pasti mengenali host live streaming Amirah Aqilah yang aktif mempromosikan produk bersama bosnya, View Chin.

Namun siapa sangka, mereka berdua terpalit pula dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit. Dakwaan itu dibuat oleh isteri View Chin sendiri iaitu Shermine Hua Ah Moi.

Susulan pendedahan itu, akaun Facebook Mira diserang oleh netizen sehingga mendapat lebih 31,000 komen di sebuah perkongsian gambar.

image is not available

image is not available

Tak habis di situ, perkongsian yang lain turut menjadi tempat netizen melepaskan geram. Bukan hanya di Facebook tetapi di akaun media sosial yang lain juga seperti Instagram dan TikTok.

Sehingga ke hari ini, gadis berusia 26 tahun ini tak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjawab dakwaan tular. Malah, dia juga dilihat telah menutup ruangan komen di Instagram.