Bekas Isteri Dakwa View Chin Nak ‘Get Back’, Serik Takkan Terjerat Lagi

Entertainment
17 Apr 2023 • 2:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas pendedahan mengenai kecurangan influencer View Chin, tuan empunya badan ada membuat satu pengakuan bahawa dia telah bercerai dengan Shermine Hau pada tahun lepas.

Perkara itu nampaknya disahkan juga oleh Shermine sendiri apabila netizen tertanya-tanya mengenai kesahihan dakwaan View Chin itu.

 

Ya, memang masa tu dia nak bersama Mira

image is not available

Pendedahan itu di buat menerusi ruangan komen dalam satu perkongsian video yang menunjukkan perbualan bekas suaminya itu dengan pekerjanya.

Di samping itu, selepas pendedahan dibuat dan menjadi tular, Shermine mendedahkan bahawa bekas suaminya itu merayu untuk ‘balik’ dengannya semula. Bagaimanapun, Shermine dilihat seperti sudah tawar hati dan serik untuk tidak jatuh dalam perangkap View Chin lagi.

image is not available

Sebelum ini, Shermine ada kongsikan dugaan yang dia lalui ketika menjadi isteri kepada View Chin, Shermine mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan seksual dan diugut oleh TikTokers tersebut. Malah Shermine turut menceritakan masalah yang terjadi di tempat kerja antaranya dengan staff yang menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.