Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

25 Jul 2026 • 1:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis
Mohd Alwi
Image from: Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis
Siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh.
Image from: Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis
Kejadian di Flat Sungai Pari itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Image from: Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis
Flat Sungai Pari telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012 berikutan kebimbangan terhadap struktur bangunan.

IPOH – Polis tidak menemukan sebarang penglibatan pihak lain dalam kes kematian dua pelajar perempuan berusia 14 tahun di kawasan Flat Sungai Pari berhampiran Buntong pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal turut mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum kejadian.

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

**media[3593986]**

“Kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar perempuan ditemukan maut

“Setakat ini, siasatan tidak menemukan sebarang keterangan yang menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

**media[3593922]**

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, dua pelajar perempuan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan perumahan kosong berhampiran Buntong.

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik dikatakan belajar di sekolah yang sama di Ipoh dan mengikuti sesi persekolahan pada waktu petang.

**media[3593987]**

Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata, siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menghormati privasi keluarga, tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved