
SHAH ALAM – Lapan peserta Big Stage Rocketfuel sekali lagi terselamat apabila tiada sebarang penyingkiran berlaku pada konsert suku akhir di Dewan MBSA malam tadi.
Keputusan itu sekali gus membawa Ranisha, Adam Nazmie, Hussain, Qilo, Aliff Kimiey, Yad-Z, Danny dan Danial Kifly ke peringkat separuh akhir minggu depan.
Sebelum itu, Danial, Danny dan Yad-Z berada di kedudukan tiga terendah susulan meraih markah terendah daripada barisan juri tetap.
Sementara, kedudukan tertinggi konsert yang bertemakan Interference (lagu pilihan juri) menjadi milik Ranisha menerusi lagu Die On This Hill nyanyian asal Sienna Spiro dengan markah 86.50 peratus.
Adam Nazmie pula berada di tangga kedua (79.75 peratus) manakala Hussain pula mengikuti rapat di kedudukan ketiga (76.25 peratus).
Hussain pula meneruskan fenomenanya apabila memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi selama lima minggu berturut-turut.
Minggu depan, kesemua peserta bakal mendendangkan lagu bertemakan Analog To Ultra (irama Malaysia dan etnik kreatif)
Big Stage Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.
Sementara penyanyi Datuk Syafinaz Selamat pula merupakan juri jemputan pada minggu ini. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada penyingkiran, 8 peserta Big Stage terselamat lagi appeared first on Kosmo Digital.






