“Tiada perbincangan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera” – KPT

Entertainment
16 May 2024 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila terdapat desas-desus yang mengatakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dibuka kepada bukan Bumiputera.

Perkara itu menimbulkan kekecohan sehingga terdapat bantahan daripada pelajar UiTM dengan #MahsiswaUiTMBantah.

Pun begitu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan mengesahkan bahawa tiada langsung perbincangan untuk membuka UiTM kepada golongan bukan Bumiputera baik dalam peringkat kementerian atau kabinet.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.

Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak,” tulisnya.

Menterinya, Datuk Zambry Abd Kadir dalam kenyataan itu berkata pihak KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 di mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.