Tiada perlombongan haram, hanya mendulang emas kecil-kecilan – Timbalan MB Kelantan

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 4:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Kelantan menafikan bahawa aktiviti mendulang sumber mineral secara haram di negeri itu dilakukan oleh sindiket sebaliknya mengakui kesemua empat kes di Hutan Simpan (HS) yang dilaporkan adalah dijalankan secara kecil-kecilan.

Tiada perlombongan haram di Kelantan

image is not available

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, memberitahu hasil siasatan bersama Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan mendapati bahawa terdapat segelintir rakyat di negeri itu mendulang sumber mineral termasuk emas.

Beliau turut menyelar dakwaan berlakunya perlombongan secara haram di HS yang dikatakan sedang dilakukan secara besar-besaran.

“Sebenarnya perlombongan haram (sumber mineral) yang dimaksudkan adalah secara kecil-kecilan oleh rakyat yang mendulang.

“Setakat daripada 2020 sehingga 2025, baru ada empat kes. Yang didapati mendulang secara haram termasuk emas adalah rakyat.

“Justeru, kita panggil dan memberi nasihat berhubung prosedur serta langkah-langkah keselamatan ketika mereka mendulang,” kata Fadzli di Kota Darulnaim, hari ini.

Sehubungan itu, Fadzli memberitahu sekiranya terdapat laporan berkenaan kes perlombongan haram secara berskala besar di Kelantan boleh melaporkan perkara tersebut secara terus kepada kerajaan negeri bersama bukti yang kukuh.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Yang ada setakat ini bukan perlombongan haram tetapi ketidakpatuhan terhadap syarat melombong ditetapkan.

“Kalau dapati ada (lombong secara haram) boleh bawa bukti kepada kita dan akan ambil tindakan,” jelasnya.

Beliau juga turut mengingatkan semula jika terdapat sebarang serbuan atau tindakan yang ingin dibuat oleh mana-mana badan persekutuan perlulah melalui agensi kerajaan negeri terlebih dahulu.

Sebelum ini, media melaporkan aktiviti perlombongan mineral haram di Semenanjung kini semakin berleluasa dan berkemungkinan melibatkan sindiket yang sudah mahir dan terancang.

Untuk rekod, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim, mendedahkan siasatan terhadap beberapa kes baru-baru ini terutama di Kelantan dan Pahang, menunjukkan wujud operasi tersusun dan sebahagiannya disyaki dikendalikan oleh sindiket.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)

View Original Article