Tiada perpecahan antara saya dan Zahid: Ismail Sabri

Politics
17 Oct 2022 • 5:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BAGAN DATUK: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai sebarang isu atau berlaku perpecahan seperti dakwaan atau tohmahan sesetengah pihak.

Naib Presiden Umno itu berkata adu domba mengenai perkara tersebut adalah lebih kepada misi untuk memecahkan mereka yang kelak menguntungkan pihak bertanggungjawab membuat tohmahan terutama pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya beri jaminan tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid Hamidi tetapi (wujud) ‘nasi-nasi tambah’ di luar sana sebenarnya kerana apabila kita berpecah, yang untung mungkin mereka.

“Pepatah Melayu menyatakan ‘antan sama antan berlaga, ayam di tepi kekenyangan.’ Kita berlaga, dia untung. Jadi marilah kita bersatu, biarkan dia yang rugi,” katanya semasa melancarkan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks Umno Bagan Datuk hari ini yang dihadiri pelbagai lapisan pemimpin komponen, parti serta masyarakat setempat.

Ismail Sabri berkata apabila timbul pelbagai perkara dan persepsi luar berkaitan fitnah perpecahan tersebut, beliau dan Ahmad Zahid duduk berbincang bagi menghentikan serta menepis persepsi jahat itu.

Justeru, beliau berkata adalah penting bagi BN untuk terus bersolidariti mengukuhkan perpaduan yang ada agar tidak lemah diserang tohmahan mana-mana pihak khasnya kem pembangkang. -Bernama