Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand - Wisma Putra

23 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand - Wisma Putra
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan ada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand.

KUALA LUMPUR- Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar.

Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu.

"Pasukan keselamatan tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas, termasuk mengenakan perintah berkurung sementara,” katanya.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu.

"Rakyat Malaysia yang menetap di sana, sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsular tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka menerusi portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my. - Bernama

Untuk bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi perwakilan negara yang berkaitan di Thailand menerusi butiran berikut:

Kedutaan Malaysia di Bangkok

Telefon: +66 2 340 5720

E-mel: mwbangkok@kln.gov.my

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla

Talian Kecemasan: +(6674) 316 274 / +(6681) 990 1930

Pertanyaan Umum: +(6674) 324 004 / +(6674) 312 353

E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved