Tiada Rekod Keluar Masuk Malaysia Dari Imigresen, Video Pasangan Rusia Panjat Menara Merdeka 118 Palsu?

Entertainment
8 Jan 2023 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular satu video di mana pasangan dari Rusia berjaya menawan Menara Merdeka 118 dengan memanjatnya secara haram di media sosial. Pelbagai reaksi diberikan netizen sehinggalah perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa.

Angela Nikolau dan Ivan Beerkus telah memuat naik rantaian tweet bagaimana mereka berjaya menawan menara itu selepas tular video mereka di media sosial. Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan mengenai pencerobohan ke puncak Menara Merdeka 118 oleh pasangan itu.

image is not available

Terkini, pihak imigersen mengesahkan tiada rekod perjalanan keluar masuk ke dalam negara ini dari pasangan itu. Lebih membingungkan, kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di sekitar Menara Merdeka 118 juga tidak menemui sebarang kelibat pasangan itu. Berkemungkinan video yang dimuatnaik pasangan itu adalah palsu.

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan pasangan itu tidak berada di Malaysia kerana tiada bukti keluar masuk oleh mereka. Bagi membantu siasatan, pihak berkuasa telah memanggil sembilan individu termasuk kakitangan dan pekerja yang mengawal menara. Video mereka yang tular itu juga sedang melalui analisis forensik oleh Cybersecurity Malaysia.

image is not available

Pada 6 Januari 2023, gambar Angela Nikolau yang berada di puncak Menara Merdeka 118 telah berjaya dijual dalam format NFT dengan nilai 7.69 Ethereum. Berdasarkan nilai semasa, nilai itu bersamaan USD 9,739 atau lebih kurang RM 42,859.

Sumber: BFM News

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.