Tiada Rekod Rawatan, JKNP Nafi Bayi Kembar Hilang Dilarikan ‘Doktor Palsu’

12 Apr 2025 • 12:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) nafi bayi kembar hilang dilarikan seorang wanita menyamar sebagai doktor ketika dirawat selama sembilan bulan di Hospital Kuala Lipis, seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, JKNP menjelaskan bahawa hasil semakan rekod mendapati tiada sebarang kes rawatan melibatkan bayi kembar di wad kanak-kanak hospital berkenaan sebagaimana didakwa.

JKNP Nafi Bayi Kembar Hilang Dilarikan ‘Doktor Palsu’

Turut dinafikan adalah kewujudan individu bernama Dr Amalina Husna yang dikatakan bertugas sebagai doktor di hospital tersebut. JKNP mengesahkan bahawa tiada pegawai perubatan dengan nama itu yang pernah berdaftar atau berkhidmat di Hospital Kuala Lipis.

“Kami memandang serius penyebaran berita bertajuk ‘Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan oleh ‘Doktor Palsu’ di Hospital Kuala Lipis’ yang kini tular di media sosial,” kata kenyataan itu.

image is not available

image is not available

Menurut JKNP, siasatan awal mendapati dakwaan berkenaan adalah tidak berasas, malah kali terakhir wanita terbabit menerima rawatan di hospital itu adalah pada Julai 2024.

Susulan penyebaran berita palsu tersebut, pihak pengurusan tertinggi Hospital Kuala Lipis telah membuat laporan polis bagi membendung penularan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan reputasi hospital dan institusi kesihatan negeri secara keseluruhan.

image is not available

JKNP turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat, terutama yang belum dapat dipastikan kesahihannya.

Semalam, media melaporkan penularan satu hantaran di media sosial yang mendakwa seorang wanita kehilangan sepasang bayi kembar yang didakwa telah dirawat di Hospital Kuala Lipis, dipercayai akibat diculik oleh seorang pegawai perubatan yang didakwa bertugas di hospital tersebut.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet sukar mempercayai berita tular tersebut dan mendakwa ia hanyalah halusinasi daripada pihak berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norawazni Yusof)