'Tiada rezeki Harimau Malaya'

18 Oct 2023 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Matthew Davies (kiri) cuba memperdayakan pemain Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka pada Selasa. - Foto Facebook FAM

TONGGAK pertahanan negara, Matthew Davies menyifatkan Harimau Malaya sudah melakukan yang terbaik ketika tewas kepada Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.

Menurutnya, skuad negara hanya tidak bernasib baik untuk menang selepas tidak dapat menyempurnakan deretan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

"Kami bukan terlalu yakin, saya rasa kami dah buat yang terbaik dan mendominasi perlawanan malam ini cuma tak ada rezeki untuk gol.

"Kami juga tidak bertuah dan pasukan lawan melakukan serangan balas. Keputusan ini memang mengecewakan, tetapi kami perlu fokus untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia bulan depan," katanya selepas perlawanan pada Selasa.

Dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan kualiti dipamerkan Tajikistan menerusi gol daripada Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Samiev Shahrom pada minit ke-88.

Ia sekali gus menghampakan puluhan ribu penyokong di Stadium Nasional yang mengharapkan pasukan negara dapat menjulang piala tersebut terutama apabila kejohanan ini dianjurkan semula selepas 10 tahun.

Dalam pada itu, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak melihat pasukan Tajikistan ini berbeza berbanding ketika Harimau Malaya tewas pada aksi di Piala Raja Thai tahun lalu.

"Bagi saya tak macam tu (Tajikistan bawa pemain muda) kalau lihat kepada senarai nama pemain mereka. Lebih kurang sama dengan pasukan yang kami hadapi di Thailand. Ini permainan psikologi mereka," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved