Tiada rundingan antara Cuba-AS

WorldPolitics
9 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada rundingan antara Cuba-AS

HAVANA: Cuba mene­gaskan tiada rundingan sedang berlangsung de­ngan Amerika Syarikat (AS) ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan tekanan eko­nomi terhadap negara itu.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez berkata, Havana dan Washington tidak mengadakan rundingan serta tiada agenda untuk meneruskan perbincangan pada masa depan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media kelmarin ketika mengumumkan anggaran terbaharu mengenai kesan sekatan ekonomi AS yang dikenakan ter­hadap Cuba sejak revolusi komunis pimpinan bekas pemimpin Fidel Castro pada 1959.

Menurut kerajaan Cuba, sekatan berkenaan menyebabkan ekono­minya mengalami kerugian AS$8 bilion (RM32 bilion) antara Mac 2025 hingga Februari 2026.

Jumlah itu merupakan angka kerugian tertinggi yang pernah direkodkan dan meningkat tujuh peratus berbanding tempoh laporan sebelum­nya.

Rodriguez berkata, angka berkenaan tidak melibatkan beberapa se­katan terbaharu yang dikenakan Washington, termasuk terhadap bekalan tenaga Cuba pada Januari dan sekatan sekunder yang diper­kenalkan Mei lalu.

Dalam hantaran di platform X, Rodriguez menyifatkan dasar itu sebagai ‘kelemahan ekonomi’ dan mendakwa sekatan AS yang telah lama menyebabkan kekurangan bekalan serta masalah ekonomi di Cuba sebagai tindakan ‘genosid’.

“Sudah berbulan-bulan rakyat hanya mendapat bekalan elektrik selama dua atau tiga jam sehari atau kurang,” katanya sambil menggambarkan kesan buruk krisis tenaga yang me­runcing terhadap rakyat Cuba. – AGENSI 

The post Tiada rundingan antara Cuba-AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved