Tiada Sebarang Petunjuk, Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan

LocalPolitics
3 Oct 2024 • 9:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra telah ditamatkan.

Memetik laporan Bernama, isteri mangsa iaitu Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat penamatan itu pada malam Rabu.

Operasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkan

image is not available

Foto: Bernama

Katanya, beliau dan ahli keluarga akan melawat lokasi kejadian di Jambatan Kampung Empa, Derang di Jitra pada Khamis.

Difahamkan, operasi selama tiga hari yang bermula sejak Isnin lepas telah meliputi radisu 13 kilometer Sungai Padang Terap, namun pasukan pencari tidak menemui sebarang petunjuk sehingga pencarian dihentikan.

Sebelum ini, operasi pencarian Sabari digerakkan selepas polis menahan dua suspek lelaki berumur 26 dan 38 tahun pada Jumaat bagi memantu siasatan kes kehilangan mangsa.

image is not available

Foto: Bernama

Pada Isnin, pihak polis mengesahkan Sabari dicampakkan ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Terdahulu, media melaporkan Sabari hilang sejak 4 September lalu dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Operasi pencarian Sabari membabitkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabbatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sumber: Bernama