“Tiada sebarang unsur penderaan pada tubuhnya”- Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera

9 Dec 2023 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Namun, lebih menyayat hati apabila adik Zayn kemudiannya ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia, dipercayai akibat dibunuh.

image is not available

Walau bagaimanapun, pihak polis menafikan andaian dan spekulasi orang ramai di media sosial bahawa adik Zayn menjadi mangsa penderaan.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Hussein Omar iaitu Ketua Polis Selangor telah mengesahkan tentang perkara itu bahawa Zayn Rayyan bukanlah mangsa dera.

image is not available

Ini kerana hasil bedah siasat mendapati bahawa tiada sebarang kesan atau unsur penderaan pada tubuhnya.

Tambahnya lagi, kanak-kanak tersebut telah dijaga dengan baik oleh keluarganya.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai terutamanya warganet atau pengguna media sosial agar tidak menulis komen atau pendapat yang tidak berasas tentang kes ini.

Betul tu, hormatlah juga sensitiviti keluarga mangsa kalau nak tulis komen-komen dekat social media ni. Biar pihak polis jalankan siasatan mereka.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.