“Tiada Siapa Boleh..” – Dikritik Dek Buat Persembahan Di Kelab Bogel, Lisa BP Balas Kecaman Netizen?

Music
9 Jan 2024 • 1:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sebagai seorang selebriti, Lisa BLACKPINK pastinya tidak dapat lari dari kecaman dan kritikan dari orang ramai.

Pada September 2023 yang lalu, Lisa telah menerima kritikan dari beberapa netizen kerana persembahannya di Crazy Horse Paris, iaitu sebuah kelab yang terkenal dengan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penari wanita bogel.

Terbaru dalam sesi temu bual bersama majalah Elle Taiwan, ahli termuda BLACKPINK itu sepertinya telah memberi respon terhadap kritikan yang diterimanya. Jelasnya,

Awak kena percaya pada diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan apa yang orang lain katakan.

image is not available

Sambung penyanyi lagu “Money” itu lagi,

Tiada siapa yang boleh mengalahkan awak jika awak percaya pada diri sendiri. Perkara yang paling penting ialah kebahagiaan awak sendiri. Saya gembira kerana saya melakukan apa yang saya suka.

Yang penting, Lisa bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.