Tiada siapa halang dia letak jawatan – Ab Rauh sambut baik hasrat Kor Ming berundur

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Barisan Nasional (BN) Melaka menyifatkan hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, untuk melepaskan jawatan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan sebagai hak peribadinya.

Tiada siapa halang letak jawatan

Image from: Tiada siapa halang dia letak jawatan – Ab Rauh sambut baik hasrat Kor Ming berundur

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tiada mana-mana pihak sama ada menggesa mahupun menghalang Timbalan Pengerusi DAP itu daripada mengambil keputusan tersebut.

“Sebenarnya saya tak nak komen, tapi bila dia dah mengatakan bahawa dia nak letak jawatan, siapa larang dia letak jawatan? Letaklah.
“Tiada siapa suruh dan tiada siapa yang halang. Itu hak dia,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi PRN Ke-16 Negeri Melaka Tahun 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) di Tanjung Bidara, pada Selasa.

Sebelum ini, dalam temu bual eksklusif bersama Oriental Daily, Kor Ming dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama yang meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan tanpa sebarang sabitan.

Menurut Kor Ming, DAP juga tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan jika perkara itu berlaku kerana ia disifatkan sebagai ‘garis merah’ parti berkenaan.

Image from: Tiada siapa halang dia letak jawatan – Ab Rauh sambut baik hasrat Kor Ming berundur

Beliau turut mendakwa UMNO Johor berulang kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal, selain mendakwa slogan “UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah” merupakan sebahagian daripada agenda parti itu.

Artikel lain: “Alhamdulillah, letaklah jawatan” -Tok Mat jawab hasrat Nga Kor Ming berundur

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pembentukan kerajaan negeri tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu berkenaan atau dengan kedudukan Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan BN tidak menghalang Kor Ming sekiranya mahu meletakkan jawatan kerana perkara tersebut bukanlah satu isu kepada gabungan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved