Tiada siapa mengatasi undang-undang – Majlis Presiden Pakatan Harapan

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 9:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiada siapa mengatasi undang-undang – Majlis Presiden Pakatan Harapan

Majlis Presiden PH turut menegaskan komitmen untuk terus membanteras gejala rasuah, mengangkat agenda Reformasi, serta membersihkan negara daripada sebarang unsur penyelewengan.

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menegaskan tidak ada mana-mana individu yang mengatasi undang-undang di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, majlis itu turut menyuarakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nasihat daripada Peguam Negara serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“Majlis Presiden juga menegaskan bahawa tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Dan sesiapa sahaja yang di sabit kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Majlis Presiden PH turut menegaskan komitmen untuk terus membanteras gejala rasuah, mengangkat agenda Reformasi, serta membersihkan negara daripada sebarang unsur penyelewengan.

Kenyataan itu hadir susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Terdahulu, Majlis Presiden dilaporkan mengadakan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan perkembangan terkini dalam negara.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 5.30 petang itu dipengerusikan Anwar yang juga Pengerusi PH dan dihadiri pimpinan utama gabungan itu.

Antara yang kelihatan memasuki bangunan itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, yang diadakan di Istana Negara pagi tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved