'Tiada siapa yang koyak' - Dr Hafidzah

Politics
28 Sep 2023 • 3:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menepis anggapan 'mudah koyak' berikutan keputusan beliau meneruskan tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud.

Dr Hafidzah memberitahu, beliau sudah menyerahkan semua urusan tindakan selepas ini kepada kumpulan peguamnya.

"Memang kita sudah serahkan urusan seterusnya kepada peguam. Saya ingin tekankan bahawa tiada siapa yang koyak di sini," katanya mengenai perkembangan tuntutan samannya terhadap Nassuruddin.

Beliau juga yakin dengan tindakan yang diambil dan dalam masa sama tetap meneruskan agenda pembangunan di kawasannya.

"Saya bersama ADUN Galas, Mohd Syahbudin Hasyim akan teruskan daripada sudut perundangan dan perkara itu diuruskan peguam," tambahnya.

Dr Hafidzah dan Mohd Syahbudin masing-masing daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Kelantan yang lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Nassuruddin meminta Mohd Syahbuddin dan Dr Hafidzah supaya tidak mudah ‘koyak’ dalam berpolitik.

Menurut Nassuruddin, tuntutan permohonan maaf secara terbuka hanya boleh dilakukan jika seseorang itu membuat kenyataan yang salah dan tidak perlu dilakukan apabila membuat kenyataan betul.

Terdahulu, Dr Hafidzah menyerahkan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Tindakan itu susulan Mohd Nassuruddin yang juga ADUN Meranti gagal membuat permohonan maaf sebagaimana dituntut berhubung kenyataan yang melabelkan Dr Hafidzah dan Mohd Syahbuddin sebagai kumpulan menentang perjuangan Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved