

Tiada lagi tempahan slot berganda di PUSPAKOM!
Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurutnya, langkah yang diambil itu kerana dalam kalangan orang tengah atau 'runner' didapati menjual slot pemeriksaan yang ditempah kepada pihak lain demi keuntungan berlebihan.

Mengulas lanjut, beliau memberi contoh kenderaan dengan nombor pendaftaran ABC123 yang membuat empat tempahan slot pemeriksaan pada tarikh sama, namun hanya satu slot sahaja akan dibenarkan.
"Untuk itu, PUSPAKOM akan menambah baik sistem tempahan dengan membekukan slot pemeriksaan asal sekiranya ia ditunda ke tarikh lain.
"Ia bagi mengelakkan slot asal daripada disalahgunakan atau dijual kepada pihak lain," katanya.

