Tiada Sogokan Terhadap Anggota PDRM, Pangkah Parti Tertentu Di PRN N9 – Polis

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Penyelaras Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Badrul Hisham Shaharim atau Chegubard yang mendakwa wujud pemberian sogokan kepada anggota polis bagi menyokong parti tertentu.

Image from: Tiada Sogokan Terhadap Anggota PDRM, Pangkah Parti Tertentu Di PRN N9 – Polis

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara telus sekiranya menerima laporan rasmi berkaitan dakwaan tersebut.

“Itu adalah tohmahan kepada pihak polis dan saya memantau perkara ini selepas kenyataan itu dibuat.
“Sekiranya ada laporan polis, kita akan menjalankan siasatan.
“Jika laporan ini berkaitan salah laku seperti dinyatakan, kita akan merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Chegubard didakwa mendakwa Pusat Media Perikatan Nasional (PN) menerima kunjungan sekumpulan anggota polis yang mendakwa mereka diberikan wang antara RM300 hingga RM500.

Beliau turut mendakwa anggota polis terbabit diugut untuk menyerahkan nombor siri kertas undi mereka.

Mengulas lanjut, Alzafny menegaskan Polis Negeri Sembilan sentiasa menjalankan tugas secara profesional, terbuka, telus serta berintegriti sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

The post Tiada Sogokan Terhadap Anggota PDRM, Pangkah Parti Tertentu Di PRN N9 – Polis appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved