PRN Negeri Sembilan: 14.31 peratus mengundi awal setakat 9 pagi

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 10:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: 14.31 peratus mengundi awal setakat 9 pagi
Suasana sekitar proses pengundian awal bagi anggota pasukan keselamatan dan pasangan pada hari pengundian awal sempena PRN Negeri Sembilan ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, pada Selasa. Foto Bernama

SEREMBAN - Sebanyak 14.31 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mereka, setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan data terkini yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu melibatkan 1,431 anggota tentera dan 925 polis serta pasangan.

Sebanyak 38 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi, bagi membolehkan 22,339 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi berkenaan akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan hari mengundi bagi 889,490 pemilih ditetapkan Sabtu ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai layari https://prn.bernama.com/n9. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved