Tiada surat rasmi digantung tugas, KSN minta kerja seperti biasa – SUK NS

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 7:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada surat rasmi digantung tugas, KSN minta kerja seperti biasa – SUK NS

SEREMBAN – Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim masih menjalankan tugas seperti biasa selepas diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mohd Zafir berkata, beliau hanya mengikut arahan berkenaan memandangkan masih memegang status sebagai penjawat awam Persekutuan yang ditempatkan di Negeri Sembilan.

“Tan Sri KSN minta saya bertugas seperti biasa. Jadi saya sebagai penjawat awam Persekutuan, saya akur dengan arahan itu. Hari ini saya ada tugasan rasmi di luar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Zafir berkata , beliau turut mendapatkan pandangan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berhubung keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan yang menggantung tugasnya.

Beliau berkata, pandangan yang diterima menyatakan arahan penggantungan tersebut tidak sah.

“Jadi saya ikut garis panduan diberikan dan juga pandangan Tan Sri KSN. Setakat ini saya juga tidak terima apa-apa surat rasmi berkenaan penggantungan tugas melainkan kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Besar,” katanya.

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, MMK dalam mesyuarat khas memutuskan secara sebulat suara untuk menggantung Mohd. Zafir dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada surat rasmi digantung tugas, KSN minta kerja seperti biasa – SUK NS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved