
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, menurut Jabatan Peguam Negara.
Dalam kenyataan bertarikh 22 September 2026, jabatan itu merujuk pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan pada hari yang sama mengenai penggantungan tugas kedua-dua pegawai berkenaan yang berkuat kuasa serta-merta.
Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa urusan pelantikan, termasuk penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
“Bagi Penasihat Undang-Undang Negeri pula, bidang kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan,” katanya.
Baca juga:
‘Boleh tak lepas ni cikgu pakai handsock?’ – Murid Tingkatan Dua tegur melalui surat
Mama Imani terima sumbangan RM30,000, dijanjikan rumah
‘Pelik juga kalau sempat tambah perabot baharu sebelum serahkan kunci’ – Fadhli
Menurut jabatan itu, pembahagian kuasa tersebut termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Jabatan Peguam Negara turut menegaskan bahawa pelantikan Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu perlu mematuhi peruntukan sama, iaitu dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
The post AGC: MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, penasihat undang-undang appeared first on The Reporter.






