Tiada Tindakan Dikenakan Kepada Pengguna Tak Pamer Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital – PDRM

8 Nov 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menegaskan bahawa pihak mereka tidak mengambil tindakan ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar tampil mengesahkan tentang perkara berkenaan berikutan berlakunya kekeliruan dan ‘kekalutan’ melibatkan perkara tersebut.

Tambahnya lagi, JSPT telah melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini.

image is not available

Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Namun, pengguna jalan raya disaran untuk menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kenderaan yang diperiksa.

Tambah Mohd Nasri, perkara tersebut bertujuan untuk memastikan kesahihan serta keselamatan pemilik yang sah, seterusnya mengesahkan ia juga bukan kenderaan hilang akibat kes kecurian.

 

Selain itu, JSPT juga mempunyai aplikasi yang menghubungkan data maklumat kenderaan dan lesen memandu diuruskan JPJ.

image is not available

JSPT juga menerima pakai data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau ‘screen shot’ oleh pemilik masih boleh diterima.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.