Tiada unsur jenayah dalam kematian remaja OKU di Temerloh - Polis

8 Dec 2023 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

KUANTAN - Tiada unsur jenayah dalam kes melibatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi berkata, kes melibatkan remaja berusia 15 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bedah siasat telah selesai dijalankan dan mendapati kematian remaja terbabit tidak melibatkan unsur jenayah,” katanya.

Remaja OKU autisme itu dilaporkan ditemukan meninggal dunia oleh abangnya yang berusia 17 tahun selepas melihatnya terbaring kaku di dalam sebuah bilik kira-kira 10.30 malam, Selasa lepas.

Remaja itu dilaporkan diletakkan di dalam sebuah bilik tanpa dikunci oleh ibunya berusia 44 tahun kerana berkelakuan agresif dan kehidupan mereka dipercayai tidak terurus selepas kematian ketua keluarga. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved