Pelajar 14 tahun, Daniel masih belum ditemukan, polis siasat segala kemungkinan

8 Dec 2023 • 8:35 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pelajar lelaki berusia 14 tahun, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang sejak semalam masih belum ditemukan.

Ketika dihubungi Scoop, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, polis kini menggiatkan usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, pada pukul 12.30 tengah malam.

Ditanya mengenai segala kemungkinan mengenai kehilangan pelajar itu, beliau berkata: “(Masih) dalam siasatan”.

Terdahulu polis memaklumkan menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada pukul 1.21 petang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. – 8 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved