“Tiada Unsur Jenayah, Lebih Kepada Kecuaian” – Polis Sahkan Metadon Milik Bapa, Diperoleh Secara Sah

LocalFamily & Parenting
14 Feb 2026 • 6:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tragedi yang menyayat hati melibatkan seorang kanak-kanak 11 tahun di Sungai Ramal akhirnya mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa.

Kes kematian akibat metadon ini sebelum ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

BACA: “Kakak Saya Tak Sengaja” – Isu Ibu Beri Anak Minum Methadone, Lelaki Mengaku Sebagai Adik Tampil Beri Penjelasan

Ramai tertanya-tanya sama ada wujud unsur jenayah dalam insiden tersebut, lebih-lebih lagi selepas laporan awal mendakwa mangsa bersama dua adiknya dipercayai diberi minum metadon.

Metadon milik bapa untuk tujuan rawatan

image is not available
Foto: AADK Daerah Mersing

Terbaru, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa cecair metadon yang diminum kanak-kanak berkenaan adalah milik bapanya sendiri dan diperoleh daripada sumber yang sah untuk tujuan rawatan.

Berkaitan kes di Kajang (metadon) melibatkan kanak-kanak, siasatan buat masa ini menunjukkan tiada unsur atau niat jenayah dan lebih kepada kecuaian. Ubat itu dimiliki oleh bapa kanak-kanak berkenaan untuk tujuan rawatan dan dipercayai kecuaian berlaku ketika penggunaan.

Menurut beliau, kedua-dua adik mangsa kini masih dirawat di hospital dan menunjukkan perkembangan positif.

Dalam masa sama, ibu serta bapa kanak-kanak tersebut telah diberikan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

image is not available

Susulan kejadian itu, kedua-dua ibu bapa direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Setakat ini, polis menegaskan bahawa kes berkenaan lebih menjurus kepada kecuaian dan bukan perbuatan jenayah yang disengajakan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum metadon oleh ibu kandung mereka sendiri.

Pssttt! Kes metadon ini benar-benar menyentuh hati. Walaupun tiada unsur jenayah, kecuaian kecil boleh membawa kesan yang sangat besar. Jadikan tragedi ini sebagai iktibar supaya keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan di rumah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Tiada Unsur Jenayah, Lebih Kepada Kecuaian” – Polis Sahkan Metadon Milik Bapa, Diperoleh Secara Sah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved