Tiada wanita maut terkena renjatan elektrik di kerusi urut

5 Nov 2026 • 9:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada wanita maut terkena renjatan elektrik di kerusi urut

 

KAJANG – Polis menafikan dakwaan tular seorang remaja perempuan maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di pusat beli belah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan yang dijalankan mendapati, hantaran tersebut palsu dan tiada kejadian seperti didakwa berlaku.

“Kami turut menerima satu laporan berkaitan dakwaan palsu itu pukul 7.50 malam tadi (semalam) berkaitan satu pautan di laman sosial Facebook yang memaparkan hantaran terbabit.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan dinasihati supaya merujuk ke saluran rasmi PDRM atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

The post Tiada wanita maut terkena renjatan elektrik di kerusi urut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved