
LABUAN: Segelintir rakyat Sabah kelihatan mudah terpengaruh dengan ultras Malaya di semenanjung yang mendabik dada, mendakwa Sabah dan Sarawak milik mereka, mengabaikan fakta sejarah bahawa tanah semenanjung akan kekal sebagai Tanah Melayu sekiranya wilayah Borneo tidak bersetuju untuk membentuk Malaysia.
“Peliknya, mereka yang bersetuju hanya orang di Sabah. Tiada sesiapa di Sarawak yang berkongsi pandangan ini,” kata aktivis George Elias.
“Hanya kerana keseluruhan rantau Asia Tenggara secara geografi merupakan sebahagian daripada kepulauan Melayu tidak menjadikan Sabah dan Sarawak, Tanah Melayu. Kita mesti boleh membezakan antara apa yang mengikut politik dan apa yang mengikut geografi,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});George mengulas bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh yang tidak bersetuju dengan bekas Peguam Negara Persekutuan Tan Sri Tommy Thomas, yang dalam ceramahnya di Sabah baru-baru ini, berkata “Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Tanah Melayu”. Beliau berkata sesetengah orang di semenanjung mempunyai pandangan salah ini.


