Tiada Waris, Hartawan Brazil Wasiatkan RM4.2 Bilion Kepada Neymar

FootballLifestyle
5 Sep 2025 • 10:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tiada Waris, Hartawan Brazil Wasiatkan RM4.2 Bilion Kepada Neymar

Kekayaan bintang bola sepak dunia, Neymar, mungkin akan semakin bertambah apabila seorang hartawan Brazil dilaporkan telah menamakan pemain itu sebagai satu-satunya pewaris kepada kekayaan luar biasa miliknya.

Memetik laporan The Sun, jumlah kekayaan yang diwariskan dianggarkan £752 juta (kira-kira RM4.2 bilion).

Ia merangkumi pelbagai aset termasuk hartanah, pelaburan serta pegangan saham dalam syarikat-syarikat utama.

Lelaki tersebut, yang kini telah meninggal dunia mengesahkan wasiat itu pada Jun 2025 dengan kehadiran dua saksi serta seorang notari pengganti.

Difahamkan, beliau tidak mempunyai zuriat untuk mewariskan hartanya.

Menerusi dokumen yang tular, lelaki yang enggan dikenali itu menyatakan bahawa beliau telah berfikir dengan sedalamnya serta bebas daripada sebarang paksaan atau pengaruh. Keputusan terbabit juga dibuat semata-mata kerana rasa minat terhadap Neymar.

“Saya sukakan Neymar, saya rasa banyak persamaan dengannya. Dia bukan seorang yang mementingkan diri sendiri, ia sifat yang jarang ditemui pada masa kini,” katanya dalam dokumen itu.

image is not available
Kredit: The Sun

Lelaki itu turut menyebut masalah kesihatan yang dialaminya serta mengagumi hubungan keluarga yang ditonjolkan Neymar.

“Hubungan dia dengan ayahnya sangat mengingatkan saya kepada hubungan saya dengan ayah saya yang telah meninggal dunia,” katanya.

Neymar yang sudah memiliki kekayaan dianggarkan bernilai £846 juta (RM4.8 bilion), dianggap antara atlet terkaya di dunia.

Buat masa ini, wasiat tersebut masih dalam proses mahkamah Brazil bagi ‘mengesahkan hasrat pewasiat’ untuk menamakan Neymar secara rasmi sebagai pewaris, lapor The Sun.

Meskipun laporan meluas mengenai jumlah pusaka besar yang ditinggalkan kepadanya, Neymar masih belum memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Jika wasiat itu diluluskan mahkamah, pemindahan aset akan tertakluk kepada cukai dan berpotensi mencetuskan pertikaian undang-undang.

Pada 2024, pemain berusia 33 tahun itu memperoleh £90.7 juta hasil kontrak bulanannya bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Menurut Forbes, jumlah itu menjadikannya pemain bola sepak ketiga dengan bayaran tertinggi tahun tersebut, selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Neymar, yang sebelum ini pernah beraksi dengan kontrak lumayan di Barcelona, Paris Saint-Germain dan Al-Hilal, kini berhasrat untuk mewakili Brazil dalam Piala Dunia 2026.

Pada Februari lalu, wira bola sepak itu kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya, Santos, di Brazil dan mengumumkan kepulangan itu menerusi hantaran media sosial dengan kapsyen, “Saya kembali.”

Sumber: The Sun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved