Tiada Yang Mustahil, Pemuda OKU Penglihatan Tak Putus Asa Tamatkan Larian 21KM

15 Jul 2025 • 10:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) penglihatan berjaya mencuri perhatian ramai apabila menamatkan larian half marathon sejauh 21 kilometer dalam satu acara larian awam baru-baru ini.

Walaupun tidak dapat melihat laluan di hadapan, pemuda tersebut tetap berlari dengan penuh semangat dan kekuatan dalaman, dibantu oleh seorang guide runner yang sentiasa berada di sisinya sepanjang acara.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Pemuda OKU Penglihatan Tamatkan Larian 21KM

Kisah inspirasi itu dikongsikan pengguna TikTok, @adryfazmi yang turut memuat naik video rakaman saat pemuda tersebut menamatkan larian, disambut dengan sorakan dan tepukan daripada peserta lain.

Video tersebut kini meraih lebih 300,000 tontonan dan 31,000 tanda suka.

Menurut pemuda itu, walaupun beberapa kali terasa ingin berputus asa, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dia terus mara ke garisan penamat.

“Dengan keluarga, pasangan dan kawan yang betul, tiada yang mustahil.
“Sebagai seorang yang cacat penglihatan, berlari sejauh 21KM terasa seperti mimpi yang tidak dapat dicapai. Tetapi dengan sokongan mereka, saya mendapat kekuatan untuk terus bergerak,” kongsinya.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat meninggalkan mesej sokongan dan rasa kagum terhadap semangat juangnya.

Malah, warganet turut menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti bahawa tiada batasan untuk mengejar impian, asalkan ada usaha dan kepercayaan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Bagi mereka, kisah ini bukan sekadar tentang sukan, tetapi juga tentang mengatasi kekurangan, kecekalan hati dan kekuatan untuk terus percaya bahawa tiada yang mustahil.

Sumber: TikTok adryfazmi