‘Tiang lampu terbakar, tolong hantar video ini pada dia’

25 Jul 2026 • 2:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tiang lampu terbakar, tolong hantar video ini pada dia’

PETALING JAYA – Sebatang tiang lampu di tengah jalan di Cyberjaya terbakar dalam kejadian yang berlaku malam semalam sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran oleh pengguna @Sabiqhisham di Threads, dia berkongsi rakaman video memaparkan sebuah tiang lampu yang sedang terbakar di tengah jalan.

“Aku tak tahu nak buat apa. Siapa ada nombor persatuan tiang elektrik Cyberjaya, tolong hantar video ni pada dia.

“Sebab tengok bakar sampah dah biasa, tapi ini bakar tiang elektrik. Takut bil dia naik je sebab Skim Masa Penggunaan mula pukul 10 malam. Masa ni baru pukul 8.30 malam,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa bimbang mengenai kejadian itu.

“Panggil bomba,” tulis pengguna @Songketglobal.

“Patutlah tadi gelap,” komen @Zulaieyka.

Setakat ini, belum ada perkembangan lanjut mengenai insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tiang lampu terbakar, tolong hantar video ini pada dia’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved