Tiara Andini teruja kolaborasi Tanpa Cinta bersama Yovie Widianto

EntertainmentMusic
15 Jun 2025 • 9:05 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

SIAPA sahaja yang ingin terluka kerana cinta? Jika diberi pilihan mungkin tiada siapa mahu merasai sakit hati terutamanya apabila melibatkan soal cinta.

Namun begitu kita tetap perlu melalui fasa “move on” yang bukan mudah untuk dilalui.

Inilah yang ingin disampaikan oleh Yovie Widianto dalam single terbaharunya bersama Tiara Andini bertajuk Tanpa Cinta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Yovie berkata lagu berkenaan sebenarnya merupakan lagu popular yang pernah dilancarkan sebelum ini tetapi ia diterbitkan semula di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

“Tanpa Cinta mengisahkan tentang seseorang yang terluka kerana cintanya tidak berbalas dan orang yang dicintainya telah berpaling kepada orang lain.

“Lagu ini secara tidak langsung menggambarkan perjuangan untuk meneruskan kehidupan dan menerima hakikat bahawa cinta itu sudah tidak dapat dimiliki. Oleh itu lebih baik kita teruskan hidup tanpa cinta,” katanya.

Dari segi susunan muzik Yovie tidak banyak mengubah coraknya secara drastik namun muziknya dibuat lebih manis dengan susunan melodi yang segar didengar.

Mengulas tentang penglibatan Tiara Andini, Yovie menyatakan kerjasama itu menandakan kembalinya kolaborasi antara mereka berdua sejak tahun lalu.

Menurut Yovie dirinya memang sudah rancang sejak awal bahawa untuk versi terbaharu lagu terbabit dia mahukan Tiara yang menyanyikannya.

“Tidak sangka Tiara juga menyambut baik ajakan ini,” katanya.

Sementara itu penyanyi lagu Kupu-Kupu itu menyatakan keterujaan dapat menyanyikan lagu Tanpa Cinta bersama insan hebat yang digelarnya papa Yovie.

“Saya memang sangat sukakan lagu ini. Jadi apabila ada pelawaan untuk kolaborasi saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya.

“Tambahan pula ini karya daripada papa Yovie.

“Walaupun ada cabaran tersendiri saya amat berpuas hati dengan hasilnya,” ujar Tiara Andini.

Bercakap tentang muzik video Yovie berkata Tanpa Cinta diolah dengan sentuhan visual yang artistik dan menampilkan konsep teaterikal.

Diarahkan oleh Prialangga elemen seumpama itu memberikan kesan yang lebih terancang dan menyatu dengan mesej lagu.

“Konsepnya sebenarnya ringkas tetapi penyampaiannya sangat cantik dan penuh makna.

“Apatah lagi ada unsur tarian juga. Memang puas hati,” ujar Yovie.

Yovie berharap menerusi lagu tersebut dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan bukan hanya sekadar nostalgia tetapi sesuatu yang boleh dikaitkan dengan perasaan dan situasi cinta hari ini.

“Harapan saya tentunya agar lebih ramai yang mendengarkan lagu ini. Versi asal pun sudah mendapat jumlah penstriman yang tinggi apatah lagi sekarang dibawakan semula oleh Tiara Andini,” tambah Yovie.