![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/FI-split-3-line-putih-3-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bukan semua, tetapi masih banyak laluan pejalan kaki di Malaysia ini tidak mencapai tahap keselamatan memuaskan dan yang boleh menjamin perlindungan kepada golongan individu yang berjalan.
Sebagai contoh sebelum ini, sekumpulan sukarelawan perlu turun padang untuk menebang dahan-dahan pokok yang menghalang laluan pejalan kaki bagi murid-murid berhampiran sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan.
Baca Artikel Berkaitan: Geng Sukarelawan Tebang Dahan Pokok Di Bahu Jalan Demi Keselamatan Pelajar Jalan Kaki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Ni Selfish” – Ramai Bengang Penunggang Motosikal Selamba Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Pemandu X50 ‘Sound’ Rider Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki Melintas Di Zebra Crossing [Video]
Tiang Lampu Terpacak Di Tengah-tengah Laluan Pejalan Kaki
Bukan sahaja di lokasi lama, malah laluan pejalan kaki di kawasan pembangunan baharu juga dilihat mempunyai isu.
Baru-baru ini, tular satu video di Instagram (@kakijalankaki), apabila seorang individu berkongsi pengalamannya berjalan kaki menuju ke stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Kayu Ara di Petaling Jaya.
Perjalanan yang disangka lancar itu rupanya dipenuhi dengan pelbagai halangan yang membahayakan keselamatan nyawa. Menerusi video tersebut, individu itu dilihat terserempak dengan sebuah tiang lampu besar yang berada tepat di tengah-tengah laluan berkenaan.
Kedudukan tiang lampu yang janggal itu membuatkannya terpaksa beralih ke tepi bagi meneruskan perjalanan.
Lubang Besar Pada Laluan Pejalan Kaki
Tidak lama selepas itu, dia terjumpa pula satu lubang besar tanpa penutup di tengah-tengah laluan pejalan kaki. Buat mereka yang tidak peka, ada kemungkinan besar mereka termasuk ke dalamnya.
“Laluan macam ni bukan pedestrian (pejalan kaki) friendly, tapi peragut friendly. Korang kena hati-hati lalu sini sebab hari tu ada kemalangan.
“Entah macam mana la pemandu Malaysia bawa kereta. Nasib baik tak ada orang kena langgar. Jadi kena la jalan cepat kalau tak nak masuk hospital,” dakwanya dalam video itu.
Menurutnya, adalah lebih baik jika terdapat jejantas yang dapat memudahkan orang ramai berjalan terus ke stesen LRT tanpa perlu melintasi jalan besar.
“Sebelum ada orang komen, ‘Malaysia panas la untuk berjalan kaki.’ Memang la panas kalau kena jalan sebelah lebuh raya atau jalan yang pokok pun tak ada.”
Pun begitu setakat ini, laluan dan stesen LRT3 berkenaan belum lagi dibuka kepada orang awam. Besar kemungkinan, pihak berkaitan akan mengadakan pemeriksaan dan penambahbaikan sekali lagi sebelum ianya dilancar secara rasmi.
View this post on Instagram
Parkir Kereta Di Stesen LRT Kayu Ara Luas
Bagaimanapun jelasnya, kemudahan parkir disediakan di stesen LRT tersebut sangat luas dan teratur, berbeza dengan laluan pejalan kaki yang memerlukan penambahbaikan.
LRT3 Dijangka Mula Operasi Sebelum Jun – Anthony Loke
Untuk info, pada Februari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perkhidmatan LRT3 dijangka mula beroperasi sebelum menjelang bulan Jun, selepas semua proses ujian, pentauliahan serta penyelesaian isu teknikal disiapkan.
![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/lrt-3.jpg)
Keadaan Laluan Pejalan Kaki Menuju Ke Stesen LRT Buat Ramai Kecewa
Hantaran ini kemudiannya mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman Threads. Jelas pengguna dikenali sebagai Ummu, pihak berkuasa sepatutnya menyediakan laluan pejalan kaki yang baik untuk pengguna LRT.
“Laluan pejalan kaki ni memang ‘select’ rupanya. Dia (pihak terlibat) tak fikir untuk kemudahan semua. Perkara ni perlu penstrukturan semula. Kita nak galakkan orang ramai guna pengangkutan awam tapi tak ada pun sediakan prasarana ke arah tu. Macam mana tu?” soalnya.
View on Threads
Pejalan Kaki Perlu Doa Supaya Tak Kena Langgar – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berharap agar pihak berkuasa lebih cakna tentang isu laluan pejalan kaki yang tidak selamat.
“Bagus, pengguna-pengguna sebenarnya kena dedahkan masalah (laluan pejalan kaki) berhampir stesen transit ni. Harap-harap Rapid KL, Menteri Pengangkutan dan kerajaan tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata seorang lelaki.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan laluan pejalan kaki di negara ini.
“Saya juga seorang pejalan kaki dan ini adalah masalah saya pada setiap hari. Masalah utama saya ialah keselamatan dan keadaan jalan. Tak lupa juga ketika nak guna lintasan zebra di lampu isyarat. Walaupun dah merah untuk pengguna jalan, tapi mereka masih laju. Yang pejalan kaki ni berdoa la sepanjang jalan takut kena langgar,” kongsi seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/laluan-pejalan-kaki-di-malaysia-2-1024x975.jpeg)
![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/laluan-pejalan-kaki-di-malaysia-878x1024.jpeg)
![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/laluan-pejalan-kaki-di-malaysia-3-923x1024.jpeg)
![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/laluan-pejalan-kaki-di-malaysia-4-1024x439.jpeg)
![Image from: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/laluan-pejalan-kaki-di-malaysia-5-794x1024.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Cabaran Orang Buta Nak Berjalan Dengan Selamat Walaupun Guna Laluan Tactile
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenari Selamba Ambil Shortcut Di Laluan Pejalan Kaki Untuk Elak Trafik Sesak

