Tiba-tiba aku mengandung?… Iman Troye berang identiti disamar

EntertainmentLifestyle
5 Mar 2026 • 5:51 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi Iman Troye berang apabila identitinya disalah guna oleh akaun palsu di platform Threads yang menyebarkan dakwaan tidak benar kononnya dia hamil.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 23, memberi amaran kepada pemilik akaun terbabit supaya segera memadam hantaran tersebut atau berdepan tindakan undang-undang.

Menurutnya, dakwaan tersebut bukan sahaja mencemarkan reputasinya, malah akaun penyamar itu dipercayai turut memperdaya orang ramai dengan memuat naik kod QR bagi tujuan penipuan.

“Suka hati kau saja, tiba-tiba tuduh aku mengandung. Jumpa di akhirat,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam masa sama, Iman turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila penyamar tersebut bukan sahaja menyebarkan fitnah, malah dipercayai cuba memperdaya orang ramai dengan meletakkan kod QR bagi mendapatkan wang

“Kau dah lah muat naik hantaran cakap aku mengandung, aku ini kahwin pun belum. Siap ‘scam’ orang lagi letak QR,” katanya. 

Terdahulu, tular di Threads satu hantaran yang kononnya dibuat oleh Iman sendiri yang mengumumkan berita kehamilannya sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Penyamar tersebut turut memuat naik gambar imbasan ultrasound bayi bagi menguatkan lagi dakwaan palsu itu.

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati akaun berkenaan telah dinyahaktifkan manakala hantaran berkaitan dakwaan kehamilan itu turut dipadam. -MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved