Tiba-Tiba Dia ‘Ketawa’, Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

8 Oct 2025 • 12:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tiba-Tiba Dia ‘Ketawa’, Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

Sebuah terowong di bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah menjadi buah mulut warganet selepas tular kisah seram melibatkan seorang penunggang motosikal penghantar makanan (rider) yang mendakwa diganggu oleh sosok wanita berbaju merah.

Lazimnya, Terowong Bendan digunakan pengguna jalan raya sebagai jalan pintas dari Jalan Talangsari ke Sampangan dan dikatakan sudah lama terkenal dengan kisah mistik.

Meskipun di atasnya terbentang jalan raya, tetapi suasana gelap dan sunyi di terowong itu sering menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengguna jalan terutama pada waktu malam.

Terbaru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Arif Hendaro merupakan seorang rider ojek online yang sering mengambil tempahan pada waktu malam berkongsi pengalamannya.

Menurutnya, dia mendakwa sosok wanita berbaju merah berdiri di tepi semak-semak berhampiran hujung terowong itu ketika tengah malam.

“Waktu tu saya nampak dia berdiri belakang jalan. Cuaca pula hujan gerimis ketika tu.

“Saya sempat tanya dia. Tapi tiba-tiba dia ketawa mengilai, tak ubah seperti suara yang sering didengar dalam filem,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, dia mendakwa mencium bau harum semerbak sewaktu melalui kawasan itu bahkan sehingga ke rumahnya.

Lebih hairan, dia berkata bau itu hanya ada di dalam biliknya dan apabila dia keluar mendapati tidak mencium haruman berkenaan.

“Peliknya, bau tu cuma ada dalam bilik saya. Bila keluar bilik, tak ada bau apa-apa. Tapi bila masuk semula, baunya makin kuat,” katanya lagi.

Walaupun kedengaran seperti skeptikal, Terowongan Bendan sering dianggap sebagai salah satu lokasi paling mistik di Semarang.