Tiba-Tiba Jatuh Di Tengah Jalan, Proton Saga Di Miri Ini Hampir Dihempap Bumbung

26 Mar 2023 • 10:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Tiba-Tiba Jatuh Di Tengah Jalan, Proton Saga Di Miri Ini Hampir Dihempap Bumbung. Semalam tular sebuah video di TikTok di mana sebuah kereta proton Saga hampir dihempap bumbung yang tiba-tiba jatuh di jalan raya.

Rakaman berdurasi 7 saat itu menunjukkan kejadian ngeri itu di mana bumbung tersebut tiba-tiba sahaja terjatuh dari atas bangunan berhampiran di Jalan Melayu, Miri berkenaan.

image is not available
Tiba-Tiba Jatuh Di Tengah Jalan, Proton Saga Di Miri Ini Hampir Dihempap Bumbung. Gambar tangkap layar dari TikTok Utusan TV

Cermin belakang proton Saga dikatakan pecah

Di ruangan komen terdapat seorang individu yang mengatakan bahawa pemilik kenderaan proton Saga itu merupakan abangnya dan tiada kecederaan dialami.

Dikatakan bahawa kenderaan tersebut terkena serpihan besi dari bumbung di bahagian belakang membuatkan cermin kereta itu pecah.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok Utusan TV

Netizen berasa ngeri dengan kejadian ini

Mendapat 1.5 juta tontonan di TikTok, netizen rata-ratanya berasa ngeri dengan kejadian berikut dan bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Diharap agar kita semua berhati-hati, malang sememangnya tidak berbau.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved