Buru Geng Plastik Hitam, Netizen Terhibur Lihat Van Jenazah ‘Kayo-Kayo’ Di Jalan Astana

24 Mar 2023 • 12:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ops Geng GPH!

Buru Geng Plastik Hitam, Netizen Terhibur Lihat Van Jenazah ‘Kayo-Kayo’ Di Jalan Astana. Selalunya apabila tiba bulan puasa, maka muncullah kembali ‘geng plastik hitam‘. Gelaran ‘geng plastik hitam’ sinonim dengan individu yang tidak berpuasa pada bulan ramadan.

Mereka ini membeli makanan secara terbuka pada siang hari. Bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa, makanan akan dibungkus menggunakan plastik hitam.

image is not available
Buru Geng Plastik Hitam, Netizen Terhibur Lihat Van Jenazah ‘Kayo-Kayo’ Di Jalan Astana. Kredit: Tiktok

Van putih ataupun van jenazah juga akan kerap muncul setiap kali bulan puasa. Kenderaan ini akan digunakan untuk mengangkut geng-geng plastik hitam ini ataupun umat islam yang makan secara terbuka di tempat awam.

Dosa tak takut pulak!

Kaedah itu dikatakan antara langkah pencegahan paling berkesan berbanding tindakan undang-undang.

Berikutan itu tular satu video di Tiktok, sebuah van jenazah dikatakan meronda-ronda di sekitar Jalan Astana tengah hari semalam.

image is not available

Jangkaan netizen, kemungkinan van tersebut sedang ‘mencari mangsa’ yang tidak berpuasa tanpa segan silu makan di tempat awam.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respons kelakar.

Antaranya, geng-geng GPH ini mesti ketakutan apabila melihat kelibat van ini.

image is not available

Tambah netizen, kelibat van jenazah ini juga dikatakan dilihat di setiap tempat sekitar Kuching.

image is not available

Bahkan, ada yang terserempak dengan van ini sehingga ke Samarahan.

image is not available

image is not available

Buat geng-geng GPH, daripada hidup ‘rasa terkejar’ kerana tidak berpuasa, lebih baik bukalah pintu hati anda untuk sama-sama menunaikan ibadah puasa pada bulan yang penuh mulia ini.

Baca lagi artikel menarik: