“Tiba-Tiba Nak Suruh Saya Jadi Ustazah Pulak” – Dikecam Sakan Berjoget, Elyana Jawab Kecaman Netizen

Music
8 Aug 2022 • 11:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh penyanyi, Elyana yang memaparkan dirinya sakan berjoget bersama rakan-rakan sambil mempromosikan produk jualan mereka.

Bagaimanapun, hantaran video berkenaan telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mendakwa penyanyi itu seakan ‘lupa diri’ selepas sembuh dari penyakit kanser limfoma yang dihadapinya.

Tampil menjawab komen, Elyana memaklumkan bahawa dia sememangnya mempunyai perangai ‘gila-gila’ dan itu merupakan dirinya yang sebenar walaupun sebelum ditimpa penyakit.

Memang saya dari dulu macam ni… tu yang pelik diorang tiba-tiba nak suruh saya jadi ustazah pulak.

@elyanaemrizal

Jumpa budak giler cantek sekali… chantekkk kewwww…. @cikputcantiksekalireal @www.tiktok.comabggee #fyp #veranda_main #elyana #cikputcantiksekali???

? suara asli – Dodi Ferdieansyah – Dodi Ferdieansyah

Dalam pada itu, ada juga netizen yang terkejut melihat cara Elyana membalas komen yang hanya bertujuan untuk memberi nasihat kepadanya agar lebih berpada-pada dalam bergembira.

Terkejut tengok dia balas chat orang, betul ke dia ni, macam tak percaya pulak, saya peminat tetap hmmmm,” tulis seorang pengguna TikTok.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Membazir Rasa Kesian Dekat Kau Dulu" - Sakan Berjoget, Netizen Luah Kecewa Dengan Elyana