“Tiba-tiba rasa sebak” – Pramugara Takbir Aidilfitri Dalam Penerbangan Buat Netizen Terharu

Entertainment
16 Apr 2024 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari Raya Aidilfitri merupakan satu perayaan yang amat penting bagi umat Islam, ianya disambut selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Antara perkara yang dilakukan ketika menyambut hari raya ialah takbir Aidilfitri yang dilaungkan pada hari raya pertama.

Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh @syafrieizwan memaparkan seorang pramugara melaungkan takbir raya ketika di dalam penerbangan sejurus mendapat tahu Aidilfitri bakal disambut keesokan harinya.

@syafrieizwan

Takbir Raya di rumah Takbir Raya dalam pesawat Alhamdulillah, raya ni bertugas di awan biru, dapat tahu pengumuman Aidilfitri pun dari Kapten. Dah nama pun malam raya, so kita ramai-ramai bertakbir dalam pesawat. Selamat Hari Raya Semua! Video captured by @riyan and @Ellsyyyyy #takbiranidulfitri #takbirraya #airasia @Fly AirAsia

♬ bunyi asal – Syafrie Izwan – Syafrie Izwan

“Alhamdulillah, raya ni bertugas di awan biru, dapat tahu pengumuman Aidilfitri pun dari Kapten. Dah nama pun malam raya, so kita ramai-ramai bertakbir dalam pesawat.

Selamat Hari Raya Semua,” tulisnya di kapsyen.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji effort pramugara itu dalam memberikan penumpang dalam penerbangan tersebut pengalaman malam raya yang sangat bermakna.

Dalam video berdurasi lebih seminit itu, kelihatan pramugara tersebut bertanya dahulu kepada penumpang berapa ramai yang menyambut Aidilfitri sebelum memimpin lafaz takbir taya itu.

image is not available

Dengar takbir raya je mesti sayu kan? Good job lah bro!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.